Lagu yang teramat memorable

Gembira! Selepas beberapa kali percubaan, akhirnya jumpa theme song Maya The Bee. Ingat lagi tak Maya The Bee? Kartun pasal seekor lebah comel yang banyak sungguh hal nya. Tiap-tiap minggu adaaa je nak selesaikan masalah kawan-kawan dia. Kartun ni hari Jumaat pagi kat tv berapa pun dah lupa tapi memang Jumaat pagi. Itu saya ingat. Early 90's gitu.



Dengan kartun ni lah saya start suka memerhati dan menikmati alam. Tengoklah intro dia tu ha, bangun pagi, bunga bersinar-sinar terkena pancaran matahari, basuh muka dengan titisan air embun, terbang riang pijak bunga-bunga oren sana-sini. Kiranya, intro dia menceritakan kesegaran pagi yang dialami oleh makhluk selain manusia. Eeehh rindunya setting zaman tu

Yang pasti, tengok Maya The Bee, mesti duk atas belakang ayah :)

2 comments:

Hawa CMS said...

dok abih2 lg ngan maya the bee?
hahhahha~
nostalgic!

ila ni said...

wihihi asalnya ingat ayah, then ingt bnda yg buat dgn ayah sama-sama : tengok Maya the Bee! amat nostalgik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...