menangis

Menangis di khalayak ramai merupakan perkara yang paling tidak diingini berlaku sepertimana tidak inginnya tersiku oleh mana-mana lelaki di tempat yang memalukan. Iya, menangis di khalayak ramai memang memalukan. Hilang macho saya.  Rasa terlampau feminin lah menangis depan orang ramai. Nak-nak kalau ada lelaki tengok.

Tetapi suka atau tidak perkara itu tetap berlaku. Maklum sajalah, penulis ini jiwanya kurang stabil. Tiba-tiba bergenang, tia-tiba menitik. Malah 2,3 kali berulang. Dan bila ingat balik kejadian-kejadian tersebut, muka automatik berada dibelakang tapak tangan. Motif perkara ini diluahkan ialah untuk berpesan kepada rakan-rakan, jikalau anda melihat mata member mu ini mula berkaca, sila bina benteng pertahanan secepat mungkin - lindungilah saya dari pandangan lelaki-lelaki itu. Kerana saya juga ingin kelihatan gagah perkasa dari segi emosi, bukan sekadar 'fizikal' sekarang. 

Selamat bergembira menyambut hari Isnin.



3 comments:

Ibn Abdullah said...

(",)....

bagi saya biasa aja dong....hehe

||ina dinzly|| said...

heeee...bakpo menangis terr?

ila ni said...

hee. segan tetap segan :)

terrr-menangis bila tgk org lain menangis.(ayat cover yg amat) hahah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...