tudung. tulus dari hati tanpa tapisan.

Kenapa orang tak bertudung selalu cakap;

"jangan ingat aku macam ni aku takleh cakap soal agama"
"jangan ingat aku ni macam ni aku tak reti hukum Allah, aku pun tau jugak bab-bab agama ni"

Pernah dengar tak? Pernah kan. Memang kebanyakannya akan keluarkan ayat itu at least sekali sepanjang dia tak bertudung. Bila dengar ayat ni keluar dari bibir orang tak bertudung, memang nak tak nak aku akan terfikir sekejap. Apa maksud ayat tu agak-agak? Dia nak cakap dia tau hal agama tapi saja tak nak pakai tudung tutup aurat sebab dia sendiri tak nak ke? Apa dia cuba sampaikan? Bila dah tak bertudung, maksudnya dia dah bersedia fizikal mental untuk terima pandangan-pandangan negatif orang sekeliling. Sorry banyak-banyak tapi aku still tak nampak apa eloknya tak bertudung tu. Pakai tudung tu tunggu datang kerelaan sendiri? Apa tak ikhlas kah kita menganut Islam ni? Terpaksa eh selama ni? Terpaksa solat, terpaksa puasa, terpaksa raya. 

Teguran ni kasar. Kan? Pedih bila selama ni aku tak pernah sebut apa-apa pun pasal bab tudung bila bersama tup-tup tegur macam ni. Kasihanilah saya. Tiap-tiap kali kita berjumpa, i wish i were brave enough untuk menegur hal ni. Tapi iman aku lemah, demi menjaga ambience time tu, aku peramkan je. Tapi ni serius ni, start la pakai tudung wahai kawan-kawan. Kalau kita tak start, maka benda-benda lain pun kita akan liat nak buat. Tiada isu "aku tak pakai tudung pun solat aku tak pernah tinggal". Alang-alang solat tak pernah tinggal, apa kata tingkatkan lagi dengan menutup aurat pulak. Tapi kan, pernah dengar tak yang walau kita solat siang malam tapi tetap lakukan kemungkaran tu, kemungkinan besar sebenarnya solat kita tak sempurna? Wallahualam.

Tapi tapi tapi tolonnnng lah, mintak tolonglah sangat-sangat. Jom la pakai tudung. Elok-elok. Labuh dan tak jarang. Baju jangan ketat. Takut sangat bila fikir umur tak tau sempat cecah ke angka berapa.. Ingat, sekali kita meninggal dunia, kita dah takleh plead for another chance. Sekali mati dalam keadaan bercirikan  orang kafir, maka.. nad'uzubillah. 


Kawan, tolong, jangan letakkan aku dalam perasaan bersalah bila berjumpa. Aku sayang kamu semua dan aku juga perlukan teguran dari kamu.


6 comments:

myatiqah said...

insyaallahh..sme2 mengingati..tengkiu ila..hehehe

ninazarina said...

assalamualaikum!

lama tak jengok sangbuddy.. eheeee...
cakap pasal pakai tudung, akk teringat akk pernah terserempak dgn pempuan pakai skirt pendek giler, sampai lbh kurang setengah peha & ketat, masuk surau buat solat... camne kira tuh?? hmmm... semoga hati dia cepat sedar dan terbuka utk memperbaiki diri...amin ^^

ila ni said...

tqah: samo-samo la kito neh. blog jah medium hok berani sikit nk tegur. general etek.

kak nina:
wa'alaikumsalam!

hoho ni mesti jenguk sini after ila pergi rumah hr tu ni :p yeh, mungkin Allah ada rancangan lagi baik utk orang macam tu kan. kita je yg tak tau.

efa fairuz said...

kan?

hmmm..

Fzah Ruslan said...

for some reason (which i cant identify what myself), aku prefer mu cakap direct kot...

just my 2 cents.

ila ni said...

ooo hence the fb link! hehe

dan tidak, this awkwardness is not caused by others' attractiveness kot. unless he's a guy ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...