Isnin yang rilek

Hari ni macam takde keje je. Risau jugak. Tapi hari ni, yang pasti, takde monday blues yuhu! Lagi 5 hari, tamatlah probation period. 4 bulan. Entah akan dilanjutkan entah tidak. 

Oh, selamat menyambut hari raya aidiladha. Lambat ngat wish?
Balik raya hari tu pengalaman drive paling teruk. Bertolak pukul 10.30 malam, sampai rumah pukul 12.30 tengah hari. Bukan lambat sebab jem, tapi tidur kat 3 tempat! Final stop siap tidur 2 jam kohkohkoh bongok la, kemain tak nak rehat lepas kerja sebab nak balik seawal mungkin kat kampung. Bos lah ni, tskk. 

Apa pun,  tipsnya, drive time orang tidur dan tidur time orang drive. Kompem tak jem. Maksudnya, kalau dah nyet, nyet trafik tu, baik berhenti je tidur kat tempat yang sesuai. Bangun, jalan clear, baru gerak. Biasanya pukul 2,3 pagi gitu ramai kereta dah stop untuk tidur so drive je lah time tu. Yang penting, jangan drive time mengantuk. Hoho kasi nasihat berdasarkan pengalaman. Malam tu siap tahan mata, drive jugak sampai kereta depan dah tak nampak bentuk dah, blur sebab mata terlalu kuyu. Nak stop time tu kat tengah-tengah ladang kelapa sawit. Hoh tobat lain kali tak nak buat dah. Kesian fizah. Kesian tun. Tak pasal-pasal lambat sampai. Ampun yob!

Ok,ok. Sambung belek buku detail.






tambahan:
annoying tak kalau  tambah link ni? kehkehkeh






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...