momen sayu

Pernah tak pergi majlis perkahwinan tapi mood macam pergi ziarah orang meninggal? Saya pernah. Minggu lepas.
Sebelum sampai rumah pengantin, toksah cakap, riang gembira duk mampat 6 orang yang besar-besar hingga ke saiz medium dalam sebuah kereta. Btw, kami memang menyukai aktiviti berhimpit beramai-ramai. Segala 'mok neko' cerita boleh terjadi. Dari cerita Charlie si ulat asid sampai lah lagenda bangau jadi isteri lembu. Dia punya gelak sampai rasa laparkan jambu.

Tapi, elok sampai dekat rumah pengantin, langit jadi mendung, suram dan dan-dan lagu Ibnor Reza la pulak jadi background. Time tu rasa nak nangis. Bukan sebab haku ni fans beliau eh. Tapi lagu ni.. lagu ni lagu favourite Wak untuk karaoke atas bas time pergi trip studio ke mana-mana part of Malaysia. Wak yang dulu kalau ada dia sorang menemani geng perempuan keluar malam pun dah rasa cukup selamat, Wak yang dulu selalu bagi semangat dan jalan penyelesaian bila ter-stuck dalam design issue, Wak yang pada hari pertama masuk kelas dah tak segan silu join pergi mencari kafe untuk lunch. Wak best. Wak tak cover macho (tiba-tiba) Ah pendek kata lagu tu mengingatkan pada Wak sana-sini lah.

Part paling sayu, bila kitorang semua melangkah meninggalkan majlis Wak menuju ke kereta. Rasa macam dah sampai masanya melepaskan seorang sahabat untuk pergi mengharungi alam baru tanpa watak-watak di zaman lampau. Cee jiwo la pulok mu mcla.

Wak, selamat pengantin baru. Semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kao & Yasmin.




4 comments:

INOTLOVEHUNTRESS said...

giliran org pulak tahun depan!!!! ;.P

ila ni said...

yey!! mee kari kerang!!

wakarchie said...

TQ ila......sory xdpt nk berbual panjang ngan kog sgt time tue.........byk memori dgn korg sume spnjang 3thn 2,,,,,,,lepaking kt larkin sambil aku tlg mengenenkan cowok2 ganteng utk ko dan nor....hehhehehe.......pinjam skuter ko......byk lagi le.....

btw,,,,,ak doakan korg dipermudahkan segala urusan......dunia dan akhirat ~insyAllah

p/s~boleh je nk berjoyah lagi lainkali....

ila ni said...

omaii wak, makin sedih plak aku baca ayat kao T_____T

skuter
larkin
erhh!

aminn. terima kasih doakan kitorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...