15 Mac 2010

Malam tadi ada orang datang tengok bilik sewa Emy. Harap-harap dia tak dapat. Biar Wani yang mendahului pertandingan bank in deposit. Jadi, macam biasalah, orang datang, kita masuk bilik. Masuk bilik, bukak TV, takde cerita best. Tutup TV dan selongkar almari bawah TV. Maka bertemulah sebuah buku dengan ruas. Ruas tersebut bernama Ilani lah?

Di dalam buku tersebut tercatatlah sesuatu yang teramat memorable. Bertarikh - 15 Mac 2010. Ha ha ha amat lucu isi kandungan beliau. Ianya sebuah permainan. Permainan yang biasanya dimainkan budak-budak tak mecet ceee. Permainan tersebut melibatkan hati dan keberanian bersuara. Ditakdirkan pada tarikh 15 Mac 2010 itu, si ruas ini rupa-rupanya turut bermain permainan tersebut. Katanya denoting new life, dia nak settlekan gundah-gulana dalam hati beliau. Dan, si ruas ini memang berjaya menghentikan kegundahan tersebut. Ada baiknya jugak permainan budak tak mecet ni rupanya..

Bertarikh 15 Mac 2010 ini juga, rupanya hari terakhir si ruas tinggal di rumah kakak beliau. Wahh kemain kao ruas, betul-betul mengotakan janji start new life! Maksudnya, si ruas ni dah dekat 2 tahun lah menyewa atas bukit ni. Ooo. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan Allah; si ruas masih bernyawa dan tiada sebarang kejadian tanah runtuh dilaporkan dalam setahun dua ini.



2 tahun.



Memang tak logik la kalau perasaan tu wujud lagi, kan? A'uzubillahiminasy-syaitonirrajim!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...