pengalaman peminat ternampak muka blogger misteri yang diminatinya cewah

Tengok dak soalan mari merepek? Sebenarnya aku rasa nak memberi pendapat sebab aku pernah mengalami situasi tersebut dan hofkos bukan aku lah watak blogger misteri tu. Dem, ada pulak aku peminat?! Sah-sah lah aku golongan yang meminati. 

Betul, kalau umur baya-baya baru lepas sekolah, alam U semua tu memang mudah sangat nak minat orang sana-sini. Nak-nak kalau yang blog dia lucu ke, ayat macam bijak tapi bukan kaki kutuk ke. Mula-mula suka baca, lama-lama rasa macam 'eh, dia ni agak-agak kat luar macam mana aa?'  Dari takde keje terus ada kerja - duk cipta sendiri karakter blogger tu yang lama-lama syok dengan ciptaan imaginasi sendiri. Elok dah ni reka - dia seorang yang bijak, dia pemalu, dia tinggi, dia beriman, dia family man. Memang, karakter je yang kita duk reka, tapi paras rupa tak terdetik pun nak imagine yang dia hensem ke, manis ke, macho ke. Eh tapi macho tu ada la sikit-sikit duk angan-angankan..

SEKALI! terkantoi nampak gambar dia. Lahaii... kecik, muka penjenayah, muka gatal, gaya bukan anak mak - pendek kata, paras rupa mengubah imaginasi asal yang penuh bunga-bunga melur bertaburan. Menyesal pun ada gi tengok entri tu. Sampai tahap tu.

Tapi no worry, siapa suruh kao imagine yang best-best je kan? Biasanya perasaan kecewa tu tak affect sikit pun pada perasaan asal iaitu - minat penulisan dia yang menggambarkan karakter dia. MELAINKAN, gambar yang ternampak tu gambar duk peluk perempuan seksi tapi dalam blog asyik tulis macam dia lah imam masjid negara. Kalau fakta yang tertonjol dari gambar tu vice versa dengan karakter dalam blog, ada kemungkinan lah hilang minat.

Tapi kalau kita kecewa hanyalah sebab dia tak secute atau tak semanis yang kita harapakan (dah jadi kita?) maka tiada kemungkinan blogger tersebut kehilangan peminat. Dah benda rutin tiap-tiap kali bukak blog jenguk blog dia, takkanlah boleh tahan tak nak jenguk dah blog tu ye dok ye dok? 

Malah, bagi aku, bila blogger misteri dedahkan identiti, itu lebih syok nak baca sebab kita tau mereka itu seorang yang cool. Kenapa cool? Sebab .. aa tak nak ah bagitau kan nanti ada orang rasa down. Tapi macam-macam mana sekali pun, muka tak penting, kalau hodoh, orang dah minat tetap akan cari  kemanisan pada wajah blogger itu. Kalau hensem, minat tetap macam biasa. Apa? Ingat kalau dia hensem, ada kemungkinan boleh jadi bini dia ke? sooo PMR kehkehkeh





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...