Kenapa?

"Oh man.." kalau Dora dengar, mesti dia gelarkan gadis itu sebagai Swiper. Memandangkan Dora takde, meh kita sendiri yang gelarkan beliau sebagai Swiper.


Sang Swiper berdiri di hadapan cermin, melihat wajah yang terpamer di situ.

"Kenapa hari ni? Kenapa hari yang aku nak naik bas?! Muka tak presentable langsung ni. Ahh." Rungut Sang Swiper sambil memegang kulit mukanya yang berkerutu. Menggelupas. Kering. Hitam. Hari ke-6 rawatan resdung. Itu kali pertama dalam hidupnya wajah beliau bertukar hodoh sebegitu rupa. Sangat hodoh. Erm.. maksud saya, beliau bukannya pernah cantik pun tapi.. yeahh. Sang Swiper meneruskan juga hidupnya pagi itu sambil berharap beliau mendapat single seat dan jauh dari kaum Adam. Malu jugak walau asal-usulnya memang tak cantik.

"Takpe. Demi kau resdung, aku sanggup! Pergi mati semua kat muka aku ni, mati kau sekarang!" ujar Sang Swiper menyedapkan hati. Tangan laju menyuap nasi berlauk ikae.

* * *

"Astaghfirullahal'azim bakpo rama sangat ore semat kali ni?" nasib baik ayat tersebut hanya berkumandang dalam minda Sang Swiper sahaja. "harap-harap dapat single seat." Sang Swiper turun kereta sambil menundukkan muka. Persis gadis sopan idaman mentua. Sekali dia angkat muka, mau mimpi ngeri makcik-makcik kat tepi.

Sang Swiper tak selesa. Asal angkat muka je dia nampak lelaki hensem. Asal angkat muka je nampak lelaki. Beliau mula risau. Macam mana kalau tak dapat single seat? Macam mana kalau lelaki yang duduk kat sebelah nanti? Dan macam mana kalau lelaki tu pulak friendly jenis nak bersembang-sembang? Dem.


* * *

Selesai bersalam dengan ibu dan bapanya, Sang Swiper dilihat menaiki bas 2 tingkat dan mula mencari seat. Dan yeah, doa Sang Swiper tak tertunai pagi ni. Semua double seat. Sang Swiper meneruskan pencarian.

"13A...13A.. mana kau ni 13A" ayat tipikal orang cari tempat duduk lah katakan.

"no no nooo... kau tak boleh buat aku macam ni 13A. tak boleh sama sekali!" Sang Swiper duduk. Muka dipusingkan ke sebelah aisle.

"Kenapa lelaki.."

"Aku bermuka hodoh hari ni.."

"Mesti dia ingatkan aku ada penyakit kulit.."

"Kenapa dunia asyik menentang aku.."

"Aku patut buat-buat tidur sekarang."

Getus hati Sang Swiper. Sebenarnya, getus-getus ni datangnya dari mana ye? Kalau 'jangae duk getuh pokok tu' maka tau lah sang penulis. Sang Swiper mula terasa hina. Segan beliau nak memulakan perbualan dengan muka macam ni. Biasanya memang Sang Swiperlah orang pertama senyum ke cipta modal ke. Kali ni Sang Swiper memutuskan hanya untuk memerhati.

"Eh.. macam familiar pulak mamat ni"

"Member sekolah? Tak kot. Member PLKN? tak tak. Ni macam orang yang takde connection dengan aku tapi aku tau kewujudan dia"

Penat beliau berfikir. Tak jugak tercapai dek akalnya. Ah penulis pun dah penat. 

Tapi kata Sang Swiper, tu lah, muka budak peramah tu ( yeahh dia peramah sampaikan on the way ke LRT pun dia datang tegur!) macam muka sorang blogger ni.. wallahualam. Kalau ye, Sang Swiper dah pun mengubah persepsi pasal blogger tersebut muahahahha! Suka sangat judge orang. Penulis dah penat. Nah, browse la blog orang yang dikatakan mirip oleh Sang Swiper tu. Klik.

Agak-agak la kan, kenapa selalunya, bila Sang Swiper ni dalam keadaan selekeh haprak tu lah dia akan jumpa ramai orang? Time pakai macam orang, takde pulak terjumpa sesape ye dok? Naik turun lif 13 kali pun lif kosong takde orang. Cuba dia pakai macam orang tak berumah, sejuta nak naik lif dengan dia. grr....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...