Dalam sekelip mata Allah boleh ubah hati & perasaan kita.

Macam mana nak hidup happy 24jam? Sentiasa ingat, setiap yang berlaku, memang pasti ada hikmahnya. Segalanya milik Allah termasuklah hati & perasaan, masalah & penyelesaian. Tiada satu perkara pun yang berlaku tanpa izin Allah. Allah takkan sekali-kali bagi masalah yang kita tak dapat tanggung. Even kalau kita rasa tak dapat tanggung seorang diri pun, Allah akan hantarkan kepada kita seseorang yang boleh membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah.

Dugaan Allah menunjukkan betapa Allah menyayangi kita. Sentiasa ingatkan kita tujuan hidup di bumiNya. Sentiasa ingatkan kita siapa pemilik kita. Ye, kita jangan lupa, kita milik Dia. Jaga hubungan dengan Allah dan inshaAllah, hidup akan jadi lebih tenang - tak kira sesukar mana masalah yang kita hadapi. 

Sekian kuliah tak bertauliah di tengah malam.Wallahualam.


2 comments:

Cik Sibuk said...

Nak happy kena besyukur dengan apa yang ada..takyah ada phd sesama manusia.

take one day at a time..

ila ni said...

setuju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...