Antara perangai standard lelaki yang kureng

1. Tak prepare. Contoh terdekat sekarang, dah janji nak buat model, nak potong-potong model card. Datang nya? Melenggang kangkung tak bawak apa-apa peralatan pun. Dengan harapan boleh pinjam dari orang lain. Sanggup tu susahkan diri gi tanya orang tu orang ni semata-mata taknak sediakan awal-awal hak milik sendiri.

2. Bersepah. Ini memang anti sangat. Dah lah pinjam barang, lepas buat keja, tak kemas tempat tu pastu main tinggal je lah barang-barang yang dia dah pinjam tadi kat situ. Dan benda ini akan berulang sampai barang tu hilang takleh dijejak dah. Disebabkan 2 sifat ni, kao bukan saja menyusahkan diri sendiri tapi dah menyusahkan orang lain. Tau? Kita hidup ni kalau boleh, susahkan diri kita lebih banyak dari susahkan orang lain. Baru harmoni.

3. Anggap sempoi tu cool tak kira apa jua keadaan. Nyampah sangat, tahu?

4. Sensitif overboard. Pastu asyik fikir negatif je. "ye lah, aku kan gemuk, sedar diri.." "ye lah, aku kan kampung, mana tau tempat-tempat best kat KL ni". Come onnn takde orang sebut apa pun pasal gemuk ke, kampung ke...haih.

5. Bergurau lucah. Blerhh!!

3 comments:

Encik Anif said...

Jangan kata perempuan, lelaki pun tak suka ada kawan yang macam tu! :(

HANI IZWAN said...

yg no 5 tu paling annoying. terus terasa geli nak berkawan lagi lepas tu.

ila ni said...

Kan?kan? Maybe sbb tak pernah ada orang bgtau diorg kot yang benda2 tu membuatkan diorang..erm..annoying. Haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...