PC, laptop dan organ untuk dijual

Dulu, saya tak suka sangat idea bekerja pakai laptop. Rasa tak selesa. Lagi pun, PC kan jauh lagi power kata mereka yang hebat IT.

Tapi rasanya kali ni, selepas abang saya tu tak berjaya upgrade PC dia tu, maka no choice, masa dah suntuk, lagi 3 minggu nak submit, saya kena jugak beli laptop yang boleh support 3D Max. Kali ni macam dah no doubt, nak beli laptop, bukan PC. Sebab? Haa ni yang tak berapa puas hati ni. Sebabnya polisi fakulti sekarang yang macam terumbang-ambing bab kelulusan untuk pakai studio 24 jam. Setakat pukul 11 malam je boleh pakai everyday. Jadi imagine, takkan nak angkut PC everyday pergi balik fakulti - kolej? Sebab saya memang sah laa akan lebih mengutamakan katil bila dah balik kolej khenn..

Cuma sekarang ni, masalahnya duit PTPTN belum masuk. Orang lain dah dapat. Dugaan sungguh. Nak mintak pinjam duit dengan abang sulung pun macam dah malu. Tapi..tapi .. he he hehr.. nasib abang lagi satu tadi bersetuju untuk tolong bagitau masalah ni kat abang sulung hehe time ni laaaa kao baru nak bersyukur jadi adik bongsu kan!

By the way, kalau ada siapa-siapa nak beli ram 2G + 2G performance 1066 untuk DDR 2 dengan hard disk 1Tera, sila bagitau. Dua-dua barang dah tak jadi nak pakai la bila dah jadi macam ni. 

Sekian terima kasih. Masa untuk sambung assignment kedua. -_-'


2 comments:

Anonymous said...

bape harga hard disk?blh msuk kt laptop x?

ila ni said...

hard disk tu utk PC, xleh masuk laptop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...