Practicing wife

Akhir-akhir ni macam kerap pulak budak-budak ni discuss pasal jodoh ceee pakai nama 'budak-budak ni'.

Sebelum apa-apa, saya nak cakap yang saya ni jenis against cinta-cinta sebelum awak betul-betul bersedia nak melangkah ke fasa seterusnya dalam hidup. Hamek kao mengaku terang-terangan. Ye lah, saya tak nampak pun point bercinta lama-lama sedangkan diri sendiri tahu yang kita takkan kahwin dalam masa terdekat. Sepanjang bercinta pulak masing-masing kemain duk practice jadi husband & wife. Bayangkan the whole 3,4 years of studies yang sepatutnya sangat meriah dengan memori dengan rakan-rakan yang gila, gi explore sana sini, alih-alih kita habiskan masa duk main game merajuk pujuk menangis memekik kat belakang telefon. Pulak tu limitkan kebebasan single dengan pretend dah ada suami/isteri - itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Rugi, rugi....dah kawen nanti memang sah-sah dah tak boleh go against husband's order kan. Pergaulan pun dah restricted. Jadi, apakah relevannya bercinta awal sangat?

Lagi satu, yang paling saya nak stresskan - sedarlah kita bahawa cakap mendayu-dayu, bersentuhan lelaki perempuan itu berdosa. BERDOSA. Tapi sejak bercinta, kita tend to tutup sebelah mata je kan bab ni? Nikah la. Saranan sahabatmu ini - nikah la cepat-cepat.

2 comments:

Fzah Ruslan said...

Asal laaa lambat sgt mu post entry nih...

Dah terlambat utk aku...:'(

ila ni said...

hahah u too one of those practicing wives?? chill. before serious skali lg dgn tuuttt dipersilakan enjoy sepenuh hati :-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...