memandu pulang ke kampung halaman

Assalamualaikum

Heh. Mulai hari ni, kita mulakan setiap entri dengan ucapan salam. Dan setiap yang baca, harap jawab laa salam tu. Baiklah, memandangkan raya makin dekat, warga kota akan mula pulang ke kampung masing-masing bermula 16 Ogos ni kan? Dekat facebook ramai jugak yang saya tengok duk cakap ni first time diorang akan drive balik kampung. Drive safely & stay alert! Dan yeh sebagai tanda sayangnya saya pada kawan-kawan yang akan drive ni, saya buat sikit kuih raya:

Situasi 1:
General reminder
Katakan anda memandu kereta biru (i.e Viva) yang lebih rendah dari kereta kuning (i.e BMW X6) tersebut. Kereta kuning itu sangat annoying. Walaupun kereta mahal tetapi pemandunya macam kureng sikit. Kejap kejap brake. Kejap kejap brek. Macam tak yakin gitu. Kereta putih tu toksah cakap la. .

Keadaan makin cecah tahap kemuncak lalu anda yakin, anda mesti potong kereta kuning. Go ahead, potongla. Gunakan lane kanan sekali. TAPI! pastikan:
  • ada ruang kosong di lane kanan
  • tengok cermin pandang belakang & sisi
  • anda YAKIN kereta merah kat belakang tu tak laju gile yang anda pasti anda sempat masuk & potong kereta kuning
  • hidupkan signal, after few seconds baru masuk lane kanan. jangan bagi signal dan terus masuk.
  • kalau kereta rasa berat, pecut sikit, gunakan gear rendah kejap untuk dapatkan momentum.
  • dah lepas kereta kuning annoying tu, bolehla start masuk lane tengah balik.

Situasi 2:
Etika berada di lane kanan

Dah duduk di lane kanan, sila rendahkan ego bila tengok ada barisan kereta kat belakang kita walhal kereta kita dengan kereta depan sangat jauh lagi jaraknya - pindah ke lane kiri! Tips dia senang:
  • kalau kereta belah kiri kita lagi laju dari kita, maka beransur-ansurlah ke lane kiri.
  • kalau kereta belakang ikut rapat, bergeraklah masuk ke lane kiri. 
Hormat-menghormatilah sesama kita. Takyah degil nak jugak stay lane kanan dah tau bawak tak setanding speed kereta lain, barula takde "ish kereta belakang ni asyik tailgating aku je lah"


Situasi 3:
Follow lori balak & seangkatan
Make sure ada jarak lebih berbanding kalau kita follow kereta biasa. Penting untuk keselamatan dan jugak menyenangkan kerja nak potong lori tersebut sebab bila ada gap yang banyak, kita senang nak tengok incoming cars dari lorong bertentangan.


Situasi 4:
Memotong lori balak & seangkatan

  • pastikan takde kenderaan di lorong bertentangan sama ada tengok sendiri atau driver lori akan tolong kita. Bila dia bagi signal belah kanan, maksudnya JANGAN potong, ada kenderaan mendatang. Kalau dia bagi signal belah kiri, maksudnya ada dua, SILAKAN potong sebab takde kereta atau dia nak berhenti. So hati-hati, pakcik tu boleh tolong takat tu je.
  • sebelum take over lori tu, tengok cermin, bagi signal and potong. Jangan rebut dengan kereta belakang pulak.
  • added value ~ bagi yang dah expert, jadilah ketua konvoi bila kita orang first yang potong. Stay di lorong bertentangan tu lama sikit sementara boleh; supaya anak-anak buah belakang tau yang mereka still ada masa untuk potong lori tu jugak.

Situasi 5:
Berfoya-foya
Ada masanya bila sampai kat satu jalan yang satu lane tapi agak luas dan kita rasa nak stop speeding, dah taknak keep up dengan speed standard, please, give way to others. Rapatkan ke kiri sikit but alert! Jangan sampai langgar kereta/lori yang tengah berenti kat bahu jalan. Yang ni tak penting sangat pun, just a matter of being courteous to others sahaja.

Dah, itu je. 

Nampak macam 'apehal asyik nak potong je kerja dia ni?' kan? Tapi percayalah, 8 jam memandu (12 bila time raya!) memang hebaitlah kalau taknak potong mana-mana obstacles. Ok, drive safely. Nyalakan lampu time hujan lebat & elakkan high beam di waktu malam time ada kereta lain atas jalan..

Selamat hari raya!


7 comments:

Encik Anif said...

Semoga selamat semuanya. Selamat Hari raya! :D

soleil m said...

cool drawing. tapi sopan sungguh mereka mencarut. ikan! lol!

~~PurPle LiLyth~~ said...

gigih gilo mcla lukis sume kete2 ni..hahah~~terimakasih banyak2 ila....selamat hari raya..** even raya kg kota bharu jah**

efa fairuz said...

hebbak dio siap buat gambarajah! selamat hari raya mek la!!

ila ni said...

selamat hari rayo!

en_me said...

kete kuning (bmw x6) atas yg Kejap kejap brake. Kejap kejap brek. Macam tak yakin gitu. mungkin tengah beromen ke aper.. uhhhuuu

ila ni said...

HERK!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...