ewha womens university, seoul

Sementara dapatkan mood nak bersiap gi studio, kita try bercerita sikitlah pasal trip studio ke Seoul awal  bulan 11 hari tu. Secara briefnya, trip to overseas ni biasanya untuk tengok urban planning, latest design technologies dan he he hehr.. semestinya untuk suka-suka.

Dengan budget less than RM 2500 dan target untuk stay seminggu, Seoul dipilih sebagai destinasi trip untuk 4th year students sebab dia pernah menang World Design Capital, dia ada sungai yang jadi tarikan seluruh umat Seoul, dia ada macam-macam lagi yang semuanya berkait dengan design. Kat sana, pendek kata designer memang ada kerja banyaklah. Sekecik-kecik notepad pun dia design lawa punye. Tak tau macam mana diorang dapat persetujuan taste. Makcik-makcik jual baju, kasut semua pun, memang jual yang lawa-lawa je. Takde yang hodoh. Walau pun Made from China sekalipun, hanya design yang lawa shaja dilihat dijual di pasaran.

Okeh macam dah nak dapat dah mood ke studio.

Jadi kali ni kita tengok Ewha Womens University je lah dulu. Uni ni memang best. Berada di hujung jalan yang mana jalan-jalan berdekatan adalah Fashion Streets. Memang syurga wanitalah pendek kata. Dan satu yang obvious, perempuan kat uni ni nampak lebih pure berbanding perempuan dekat area Hongik University. Kat sini less make-up, muka nampak ori dan dressing pun tak terlalu over macam dalam drama. Maybe sebab U perempuan je? Kalau kat area Hongik tu, Ya Allah Ya Rabbi, semua orang kat situ macam pelakon drama - lelaki & perempuan! Tapi ye lah, apa yang saya nampak, kat Seoul ni, yang kurang cun dan kurang hensem hanyalah budak sekolah & orang tua. Yang umur lebih kurang 20 - 36 semua lawa-lawa. Haaa nampak tak apa kaitan yang saya cuba sampaikan?


Bersepah oi. Ni baru iklan kat subway. Kat luar tu, sana sini ada Plastic Surgery Centre. CENTRE ok, bukan sekadar klinik kecik.


Ok straight kepada perkara pokok. Inilah Ewha Womens University yang umpama uni dalam taman. Dengan block bangunan yang lawanya, taman yang lawanya, tempat shopping baju lawa-lawanya hehe siap ulang 2 kali kot gi sini. Datang kali kedua sebab nak shopping!








Hah nampak tak tu jalan ke fakulti-fakulti lain tu dah macam nak ke jungle trekking. Memang syok la kalau belajar kat sini. BTW, main entrance building tu dah banyak architecture website dah review. Boleh tengok sini kalau berkenan. Bye!

last but not least. bukti gambar bukan dari google :P


sumber gambar: Lau Jeh Farn, Aufifillah, Fatin, Ilani.

4 comments:

anea_hayati ♥ said...

Bravo!

Anonymous said...

salam mc la..lama x jumpe yer..hehhe...sya nak tanye ni..awop g university2 itu semua..dapat permission dari sape..org uni 2 ke..ke student kat sana...ke tour guide.....hehehhe...
lagi satu bajet 2500 2...pakej eh..ngn tour guide ke...boleh share dop...

gnee

ninazarina said...

yesssss!!!! akhirnya ila dah mula post Seoul trip... ^^

ha tu ler, masa tengok gambar Ila memula tadi rasa macam pernak tengok jer walkway dengan dinding2 kaca tu dalam mana2 buku... So betul la yer. Wahhhh bestnye.... Cantiknye la uni ni... Agaknya kalau belaja sana semangat jer kot hari2 nak g studio ;)

ila ni said...

anea:
bravo for women? :P

gnee!!:
lamo gok x jupo nga gnee. nati mcla buat satu entri utk gnee.

kak nina:
memang air liur meleleh-leleh la tengok u ni!! dengan cuaca time tu yang best memang bertambah-tambah efek bes dia. tu la, mcm nk jenguk-jenguk je peluang sambung kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...