kos ke Seoul & perkara berkait

Hehehrr tengok tajuk tu tengok tajuk. Ingat ni minit mesyuarat?

Dorm-mate masa sekolah dulu bertanyakan tentang kos dan segala hal yang berkait untuk trip ke Seoul hari tu maka might as well saya reply dalam bentuk entri, kot-kot boleh manfaatkan jugak untuk orang ramai. Berikut ialah perkaranya:

1. Kos Tiket
Kitorang pick parameter for available dates, lepas tu check promo AirAsia dan dapatkan persetujuan ramai untuk tarikh paling murah untuk return tiket. Kesemua 20 orang agreed untuk pergi 8 hari 7 malam dengan harga promo RM 928. TAPI! Selaku student yang takde duit setimpal itu untuk beli sekaligus bagi mendapatkan flight yang sama untuk semua orang, kitorang dapatkan khidmat travel agent untuk tolong belikan.Untuk info, travel agent boleh book max. 9 orang sahaja untuk harga promo. Jadi yang lain-lain harga tak promo. Maka harga average untuk semua orang jadilah RM 1120. Tak include harga luggage.

2. Tourist Guide & Kos Penginapan
At first, kitorang nak appoint sorang student Malaysia yang study kat Korea. (Search online, ada ramai. Tak pun, sila contact saya, saya ada contact diorang kalau nak) After deal itu ini, kitorang request nak stay tempat paling murah yang ada option dorm & bilik untuk lecturer. Maka dia book kan Mr. Kim's & Friends Guest House di Hongik. Kos penginapan average untuk seorang selama 8 hari 7 malam ialah RM 470.

Tapi, bila tourist guide bagi quotation untuk service charge, kitorang sepakat untuk terminate & go on our own. Tapi of course, kitorang bayar sikitlah pampasan untuk dia, untuk semua yang dia dah tolong. Maka bermulalah episod research! Semua orang pakat research kos pengangkutan harian, research map dari subway station itu ini macam mana nak ke sana sini. Mana tempat makanan halal, mana tempat shopping best. Buat surat rasmi untuk tempat-tempat formal yang nak visit.

3. Kos Makan
Kos makan tak banyak sebab kitorang tak jumpa banyak yang halal dan perut pun kureng dengan makanan diorang. Pagi, kitorang breakfast kat bilik, makan roti yang dah dibawak siap-siap dari Malaysia. Bawak tuna, kari ayam dalam tin, kaya etc. Tengah hari je makan kat luar. Tapi since limited, kitorang makan ringan-ringan macam kuih tepung apa tah yang RM 2 lebih je, muffin telur yang tak sampai RM 2, riceball yang RM 6 lebih. Lebih kurang macam tu je kitorang makan untuk lunch. Cuma kalau yang nak makan berat, pergilah ke Itaewon. Banyak makanan halal kat situ. Ada kebab yang harga RM 15. Kalau nak try Muslim Korean Food, pun kat Itaewon, ada kedai nama Murree Muslim Food. Range harga satu set adalah dari RM 18 - RM 40. Malam makan megi atau roti yang dah bawak dari Malaysia.

4. Kos Shopping
Basically, T-shirt korea yang souvenir tu harga paling murah RM 12 dan yang mahal RM 30. Benda lain macam sudu panjang & chopstick lebih kurang RM 7 - RM 13. Fridge magnet pulak ada range harga adalah RM 6 - RM24.

Kalau shopping baju, saya suggest pergi ke Fashion Street kat Ewha & kawasan Hongik dekat-dekat dengan area Hongik University, Coffee Prince Cafe & Hello Kitty Cafe. Baju & kasut & beg memang lawa-lawa dan range harga RM 15 - RM 30 adalah kategori yang murah.

5. Kos Pengangkutan:
Kad subway tu harga lebih kurang RM 7 dan sepanjang 8 hari kat sana kitorang hanya topup RM 100. Boleh guna untuk naik shuttle bus sekali. Boleh refund kat convenient store kat airport kalau masih ada baki dalam kad sebelum balik Malaysia.

6. Entrance fees
Boleh check internet tempat-tempat nak gi.

Tu je lah kot. Saya hanya tukar RM 850 sebelum ke Seoul, tu pun dah termasuk duit untuk barang yang orang kirim. Dan saya pulang dengan berbaki lagi RM 50. Yang penting, bawak makanan dari Malaysia!

4 comments:

Anonymous said...

la...

tengs 4 da info...banyak membantu nih...hehhehhe....

gnee

ila ni said...

sure,sure, ado gapo2 gak call la neh

Tun Teja said...

bgs ni..nk g jgk la..

ila ni said...

moh tun! kita menjelajah bersama yuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...