memanfaatkan social websites

Assalamualaikum.

Saya tak tau macam mana tahap ketagih korang terhadap social network, tapi kat sini saya nak bagitau benda-benda yang boleh tambah fungsi penggunaan laman-laman sosial ni. Kalau tips ni akan menjadikan korang lebih ketagih, he he mintak ampun siap-siap la. 

Sejak-sejak jadi student, semangat inkuiri semakin meningkat. Dapat satu info yang tak kukuh je, terus rasa nak buat research. Bosan je, terus search segala benda yang ada kaitan dengan design, sustainable issue dan sebagainya. Secara jujurnya, yes, saya dah cecah tahap ketagih internet! Sebab? Segala ilmu yang saya rasa menarik, dah pun saya 'save'kan di website-website sosial ni ha.

1. Facebook
Bila browse website architecture macam Dezeen, ArchDaily etc, jumpa entri yang best, yang ada kemungkinan kita akan cari di masa hadapan, the best way ialah klik button Facebook Like. Dengan cara ni, entri tersebut akan appear kat timeline beserta imej yang berkait. Kiranya, lagi senang nak cari berbanding kalau kita sekadar bookmark sebab kat bookmark kita takleh nampak imej. Dah memang jadi lumrah, manusia lebih ingat imej berbanding text.

Dan tips ini tak terkecuali untuk perkara lain termasuk recent studies pasal health ke, pasal agama ke. Pada masa yang sama, member facebook pun boleh view. Takyah risau kita dianggap spammer lah. Hanya orang ignorant yang taknak ilmu.

Juga, boleh create satu study group dengan kawan-kawan, postkan semua benda yang kita rasa ada kaitan dengan study kita. Nak upload file ke, share lecture notes ke. Upload je kat group. Dengan cara tu kita still boleh review benda tu di mana sahaja, takyah pakai pendrive bagai dah.

2. Pinterest
Pinterest adalah website yang saya rasa paling bermanfaat untuk designer. Yang bukan designer pun boleh je dengan gembira menggunakan website ni untuk simpan imej-imej yang digemari. Yang penting, sebelum pinkan imej, makesure tahu lokasi asal dari mana imej tu diupload, baru senang nak buat research in the future.

boleh pakat follow kalau nak.

3. Email
Create 2 email, emailkan link yang kita suka beserta imej ke emel kita satu lagi. Dalam emel yang lagi satu tu, make sure create folder untuk setiap perkara yang kita nak bookmark tu. Asingkan emel-emel tersebut ke dalam folder mengikut topik yang kita suka.

Dah tu je. Harap taklah sia-sia sangat waktu online kita kann.

4 comments:

Dulu Lain Sekaran Lain said...

Cara yg baik utk tonjol diri - social media sites :D

ila ni said...

kalau memang itu niatnya, memang yes, social websites adalah tempatnya.

ninazarina said...

macam best je ila pinterest tu... senang x?

ila ni said...

best best! terlalu banyak benda lawa & unik dlm dunia ni yg diorang post kat pinterest. try la. senang je dia punye nak manage tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...