orang pelik

Aku ni takde la tolerate sangat. Takde la sabar sangat. Ego pulak boleh tahan tinggi. Aku cepat bosan jugak kalau asyik aku yang memulakan perbualan harian. Kalau aku tak start sembang, cakap aku moody. Aku tak start sembang sebab ko macam PMS! Dah banyak kali buat macam ni. Bila orang cuba jadi nice dengan kao, ko take for granted. Layan tak layan. Tanya sepatah jawab sepatah macam aku ni nak sangat berkawan baik dengan kao. Bila aku dah bosan nak menjaga hubungan, bila aku dah tak huha-huha dengan kao, mula lah kao anggap aku cakap belakang kao, aku ni kawan yang moody, aku ni itu aku ni ini. Pernah terlintas tak dalam fikiran kao yang selama ni mungkin berpunca dari kao sendiri yang kawan-kawan ko anggap kao ni pelik dan stay away dari kao? Pernah tak sekali dalam hidup kao, kao rasa berterima kasih sebab ada yang sudi berkawan dengan kao despite of kao being selfish? Secara jujurnya, aku pernah questioned pada diri aku tentang kao - "Sejarah apa yang budak ni pernah lalui sampai dia jadi macam ni?" Just trying to be understanding.

Tapi sekarang, aku nak try ikut kata hati yang cakap "Dah,, takyah nak fikir banyak. Dia nak buat macam tu, lantak. Banyak lagi kawan sekeliling". Tapi bila try untuk bersikap macam ni, cepat-cepat aku fikir - "ish setan ni, saja nak bakar silaturrahim aku dengan sedara seIslam aku!" Namun begitu, awak tak pernah ke terfikir perkara yang sama tatkala awak bersikap seperti sekarang?

1 comment:

Anonymous said...

x yah layan la org mcm 2..banyak lagi kawan awop eh...hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...