merintih bukanlah perkara dipuji dalam agama

Tapi,..yeah.

Cita-cita aku tinggi. iaitu : taknak susahkan mak ayah adik beradik kawan kawan. Kenapa itu pun dikira sebagai bercita-cita tinggi? Sebab aku kembali ke alam belajar dan ianya mustahil kalau tak susahkan mereka - terutama mak ayah adik beradik. Nak tak nak kena bergantung harap jugak kat diorang. Duit tak cukup weh.

Jadi, sebagai langkah nak merealisasikan cita-cita tu, saya try buat kerja part time. Alhamdulillah selasa & jumaat takde kelas. Boleh la kutip duit sikit. Kurang-kurang, duit kereta, saya bayar sendiri, mak ayah tanggung makan minum je. Duit printing semua tu mintak abang kakak.

Tapi, bulan ni. saya rasa macam saya hamba kereta pulak. Dem u capitalist. Duit gaji dapat-dapat je terus negatif. Bayar roadtax dan bayar pinjaman bulanan. Pergi kerja pun dah tak semangat sebab tak nampak hasilnya. Pulak tu pergi kerja ingat free? Parking kat LRT station kena bayar, tiket LRT kena bayar, tol kena bayar. Dah macam mana haku nak gi kerja bulan ni?





Hal gaji ni, kalau raise dekat orang PAM atau LAM, mesti asyik-asyik duk cakap "zaman i dulu, gaji bla bla je, tapi yang penting passion tu.." Serupo cih orang kelantan cakap. Adakah mereka ingat kami kami ini meminta gaji yang banyak untuk disimpan? Kami kami ni hanya minta gaji supaya cukup makan di hujung bulan tau? Untuk simpanan tu memang langsung tak terlintas la. Cuba tuan hamba perjelaskan, jikalau hujung bulan pun tak sempat sampai, bolehkah kita hidup hanya berteraskan passion?

Eh sebenarnya isu aku ni tidaklah pasal gaji aku. Cuma akhir-akhir ni kesian tengok adik-adik baru grad yang duk mengeluh kat facebook Kesatuan Sekerja Arkitek. Akak paham dik, nanti akak dah besar, dah ada power dalam LAM/PAM tu, akak tolong adik okeh? Kita realisasikan minimum wage untuk archi family. InshaAllah.

Aih..apa pun, minggu ni nak try hidup macam kat Korea - makan roti & megi je. Tengok kalau seminggu setiap bulan kita amalkan macam ni, ok tak kewangan. Hah.



3 comments:

Encik Anif said...

Anggap sahaja itu sebagai cabaran untuk mendaptkan kejayaan yang lebih besar! :D

eira eixora said...

ila sambung master ke? dapat biasiswa pape tak?

saje je menyebok. hehe

sebab kawan2 saya kat uni nampak mewah je. tp kebanyakkan mereka slab slai.

ila ni said...

pak anif:
yeahh kepercayaan jenis itu yg kita cari-cari! hehe inshaAllah.

anis:
ila sambung 2nd degree. ila ado jah dapat PTPTN tapi tok cukup sebab buat bayar kereta every month, rumah sewa & penyebab terbesar - trip to Korea! Awal-awal sem lagi dh zero ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...