Qiamat

ALHAMDULILLAH ianya hanya mimpi.

Memang tu perasaan saya bangun tidur pagi tadi. Malam tadi, mimpi yang saya alami memang sangat dahsyat, sangat ngeri dan sangat-sangat menginsafkan. Beberapa kali jugak saya try sedarkan diri dari tidur tapi tak berjaya. Tersedar, bila sambung tidur, sambung lagi mimpi tu. Setiap kali tersedar, setiap kali tu jantung berdegup laju yang amat.

Kalaulah mimpi tu boleh direcord..

Kawan-kawan, sampai bila kita nak tangguhkan diri kita dari menjadi 100% muslim/muslimah? Kita hidup sekarang macam kita tau kita ada kesempatan untuk persiapkan diri sebelum ajal datang menjemput. Kita pakai baju ikut bentuk badan, kita singkatkan tudung dari menutupi dada, kita habiskan masa mencalit lipstik, eye-shadow setiap kali nak keluar rumah walau tahu hukum berhias, kita lengah-lengahkan pemakaian stoking untuk sempurnakan penutupan aurat, kita pegang-pegang dengan tunang kita, main tenung manja-manja dengan boyfriend kita. Kita hidup ni macam untuk dunia sementara ni je kan? Kita dah terlalu lalai sebenarnya, dah terlalu ralit dengan dunia yang dimanipulasi oleh orang kafir. Kalaulah setiap hari kita disedarkan akan peritnya azab untuk setiap kelakuan yang bertentangan dengan agama yang telah kita lakukan setiap hari..Kalaulah.

Kawan-kawan, saya tak tau kalau korang pernah alami mimpi yang macam saya alami malam tadi. Yang saya boleh cakap, NO TURNING BACK! Setiap amalan jahil yang kita lakukan, terpapar dalam ingatan kita dan kita hanya menunggu giliran untuk dibakar hidup-hidup, untuk dipotong bahagian badan berkali-kali dan kita dah tak mampu untuk berbuat apa-apa sebab kita memang tau kita bersalah. Nak dapatkan syafaat Nabi s.a.w? Cukupkah cinta kita terhadap Baginda sewaktu di dunia sementara ni? Kita mengharapkan kita jadi seperti insan-insan terpilih macam zaman Nabi s.a.w yang sebelum ni sangat jahil tapi disebabkan satu perkara mulia yang dia lakukan,dia dijanjikan syurga. Macam tu? Kalau lah. Kan? Kalaulah sesenang itu kita boleh menjamin diri kita..

Apa yang kita boleh lakukan sekarang, solat taubat banyak-banyak, perbanyakkan sedekah, keluarkan income gaji buta dari gaji kita, hentikan buat benda-benda lain time kerja, try tutup aurat sesempurna mungkin, jaga tutur kata dengan mak ayah & orang sekeliling, amalkan membaca al-quran & tafsir setiap kali solat, solat diawal waktu dan gantikan lagu-lagu dengan zikir dari mulut sendiri, bukan sekadar on kan playlist zikir tapi mulut bising duk berkepochi dengan orang sebelah. Cubalah.Cubalah kita pakat-pakat mengangkat Islam balik ke tempat yang sepatutnya dalam diri kita.

Dan jangan lupa, doakan kita semua istiqamah. Cukuplah dalam mimpi saya tengok saya & kawan-kawan dibakar dengan keluarga masing-masing. Ngeri dia memang tak terhingga.

Akhir kata, ampun maaf kalau entri ni 'terlebih'. Bukan nak cakap kita ni jahil, tapi kadang-kadang kita tak sedar perbuatan kita tu bercanggah dengan ajaran Islam. Okey? Ampun maaf semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...