pru13 & fb

saya sangat suka keadaan sekarang. saya cuba untuk jadi se-annoying mungkin di fb, kepoh hal politik. hehe now u know what is 'social-website'.

tapi on a serious note, apa yang kita hope to see in fb sebenarnya? update gambar sendiri? orang kutuk jugak. update gambar makanan? pfft! update perasaan? orang menyamps jugak. dan kalau cakap fb itu hanya untuk discuss isu-isu group discussion macam kitorang buat tiap kali ada assignment, rasanya fb takkan ramai sangat user.

jadi kepada sesiapa yang keep whining how bosan bila bukak fb akhir-akhir ni, percayalah, perasaan itulah yang rata-rata rasa bila awak asyik upload harta benda awak, gambar anak sengih 5,6 keping sekali upload, gambar tangkap leleh dengan partner bagai. kurang-kurang, semua info politik dari kedua-dua pihak itu boleh di-digest untuk pembangunan ummah di masa hadapan. time ni la nak challenge otak untuk nilai info mana palsu, info mana fakta. gambar mana photoshop dia hebat, gambar mana photoshop dia kureng. heheh peace eh peace. semangat ni sementara je ni. bersabar.

cuma, sedarlah, jangan terlalu anggap politik ni taboo. kadang-kadang diskusi politiklah yang buat kita aware akan surrounding kita & ada kesedaran untuk bagi sumbangan. contoh ada yang tuduh tnb caj untuk tenaga boleh pulih (renewable energy) tu sebagai trick bn untuk dapatkan duit free dari rakyat, padahal benda tu ialah issue global, issue lanjutan dari Kyoto Protocol bagai bla bla. Kelaut kalau explain benda ni. tapi itulah nak cakapnya. dapat info, jangan main terima. kalau was-was, KIV je. jangan buat keputusan yang mengiyakan perkara berbaur fitnah.

fitnah.
maki hamun.
cacian.
mintak kita semua jauhi. jaga mulut & hati.
sekian.
selamat mengundi & jangan kecewa di hari isnin.

4 comments:

soleil m said...

'gambar anak sengih 5,6 keping sekali upload'

lols!

lepas tu angkat bakul sendiri kata anak comel. memang semua ibu bapa akan rasa anak sendiri tu comel (walaupun tak semua yg bernasib baik comel seperti yg difikirkan) tapi tak perlu kot nk up sgt T_T

semoga menjadi iktibar kepada kita yg belum memegang title mak ini

ila ni said...

haha kejamkah kita berfikiran sebegitu, suria? huu ye semua baby comel tapi...ah. bosan tetap bosan.

yep sila amek iktibar! klu nati k.ila ter-upload banyok, remindkan! hahahhahaha koya srupo loni tgh ngandung doh.

efa fairuz said...

ahahah entry terbaik setakat ini..


better la drpd hari hari tengok apdet org jual produk kurus, produk pemutihan.. blabla..

"eh? penimbang rosak ke ni?!"

haremmm..

baik ahkak baca statistik pembangkang vs kerajaan.. and all that matters..

ila ni said...

ahahhahahha "penimbang rosak"! sangat glemer kot iklan tu. haih becci sero. ddeki so hal :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...