hari paling sedih

Hari ni Sabtu. Macam biasa, weekend-weekend macam ni kerja la. Biasa drive dari UPM ke tempat parking depan Balai Polis Dang Wangi, RM6 per entry. Mahai tak mahainya tanah secuit untuk tumpang letak kereta. Kalau naik LRT pun, lebih kurang kosnya. RM 1.30 tol, RM 3 parking, RM 3.40 tiket train to & fro. Memang takleh lari ah dari RM 6 tu. 

Tapi hari ni, rutin berubah sikit. 


9.00 pagi
Pakcik parking 6 ringgit tu tutup pulak gate dia. Dekat gate, terpampang "RM 7.00" sambil tunjuk arrow ke lot kosong sebelah. Ah mahal pulak lah kan dia ni! Tak jadi. Pusing seround lagi depan Semua House. Sekali, terpandang kat bangunan sebelah:

 "RM 5.00 per entry" 

Perhhh kenapa selama ni aku tak cuba cari alternatif macam ni? Terus masuk parking dan berjalan dengan tenang ke ofis. Maklomlah dekat wey aku parking kali ni, murah seringgit dari kebiasaan pulak tu. Alhamdulillah.




5.30 petang. 
Saya menangis. Emo sangat tahu? Sedih. Saya sangat sedih. Time miskin ni laa benda-benda macam ni nak jadi. SEMBILAN BELAS RINGGIT! Hamekk kao. Yang RM5 per entry tu hari SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY JE LAH YANG KAO TAK BACA BETUL-BETUL TU KENAPA AI GERAMMNYA AKU ACI MAIN MENGABURI MATA CUSTOMER CENNI AAAA STRESS TAHU STRESS HAA AMEK TAKNAK KECIKKAN HURUF TAK NAK ADA NOKTAH GERAM NI GERAMM REWRRRRRR

Tengah nangis meratapi nasib, tiba-tiba hati tercuit.
Bukan ke Allah murka pada orang yang terlalu cintakan duit? Yang cintakan hartanya?
Astaghfirullah.. 

Hingus, air mata semua terus lenyap. Betapanya hamba-Mu ini ya Allah. Sanggup nangis sebab kehilangan RM 19 untuk parking dalam sekelip mata? Kalau fikirkan, memang sakit hati la sebab tu boleh cover 3 hari parking. Tapi, mungkin kejadian ini sekali lagi Allah nak clearkan gaji buta sebab last weekend pergi kerja takde buat apa pun. Pergi pasar malam hari tu pun tangan berat nak keluarkan duit untuk peminta sedekah semua tu. Astaghfirullah, astaghfirullah. Mohon istighfar beramai-ramai..

Jadi, sebenarnya, hari ni bukanlah hari paling sedih pun, kan?
Eh tapi tadi ada satu lagi hal yang sangat sedih - terpaksa drive belakang kereta yang bawak 20km/j!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...