kartun yang paling berkesan untuk meningkatkan daya imaginasi positif

MAYA THE BEE! Lagi..

Ingat tak kartun ni? Saya pernah tulis pasal minat yang mendalam kat kartun ni kat sini. Dan sekarang, ianya telah di-3D- kan sejajar dengan minat kanak-kanak zaman sekarang! Dan yang penting, dia masih mengekalkan keindahan kehidupan serangga dan pokok-pokok sebagai jalan cerita dalam setiap episod. 



Kalau saya ni dah jadi seorang mak yang ada anak umur 4,5 tahun, gerenti saya paksa tengok kartun ni berbanding Ben-10 & Barbie ihiii~ angan-angan sangat. Tah tah pasni ko paksa anak kao tengok kartun-kartun Tim Burton tak?

Wahai ibu bapa, sila la tunjukkan anak-anak kartun Maya the Bee ni. Testimoni saya selaku penontonnya di zaman kecik yang kurus tu, cerita ni menyebabkan saya suka observe nature. Especially waktu pagi masih bersisa embun. Nak tengok kot-kot betul ada binatang-binatang kecik tengah basuh muka dengan embun ke, nak tengok celah-celah rumput tu betul ke ada semut berkawad, betul ke ada interaction antara serangga berlainan spesis. Ahh syoknya time hidup penuh excited dengan imaginasi sendiri! Malam pulak, akan cuba tengok bulan dengan penuh feel, kot-kot boleh rasa syahdu semacam mana Maya tu rasa siap boleh titis air mata bagai. 

Ini kartun is too beautiful with messages about our lovely nature. Ambil masa untuk tengok dan hayati. Tah tah siap boleh hilang stress kan tengok keindahan dunia dalam cerita ni hihi~

Walaupun lagu intro dah kurang best, tapi nah, try tengok satu episod yang 3D ni:





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...