hip hip

hurei!

Tertanya-tanya, masih adakah rakan blog yang suatu ketika dulu sangat aktif bertegur sapa? Apa khabar lah agaknya mereka. Apa pun, malam ni memang malam ajaib sebab secara tiba-tiba nekad untuk stop Maadu dan nak try tulis something untuk blog. Ciri penganggur dah muncul..

Alhamdulillah, update kali ni dalam keadaan tenang lepas dah tamat 2nd degree last February hari tu. Alhamdulillah on time hihi. Cuma macam biasa, disebabkan gaya tidur huru-hara dan tahap stress tak pernah berkurang sepanjang dua tahun lepas, maka kerja-kerja merehat dan membetulkan waktu tidur diperlukan sebelum kembali ke alam pekerjaan. blerghh.

Kalau orang tanya, "So, best tak amek Part 2?" *sigh* panjang ceritanya.




Bila dah habis belajar untuk kesekian kalinya ni, saya setuju dengan member studio sorang tu.

"Ila tu serius sangat, takut orang lain nak tegur"

Semestinya banyak sebab kenapa saya berubah sikap bila bersama sesetengah rakan studio tapi percayalah, dengan kawan-kawan lama & teman-teman rapat, masih cem dulu jugekk. Cuma bila dah dewasa ni, macam ni lah. Kalau rasa macam leceh nak layan atau explain satu-satu kat orang yang sepatutnya dah boleh fikir panjang lebar, memang saya pilih untuk diam dan tenteramkan hati yang cepat panas huehuehue.

Apa pun berlaku, seserius mana pun ilani, dalam diam tetap ada keinginan nak berhuha-huha macam zaman Part 1 cuma keadaan je tak mengizinkan. To some people, kite kena limit ourselves supaya mereka tidak bersifat clingy bahahaha serius! 

All in all, alhamdulillah kita semua dah settle Part 2, long way to go to Part 3 & Ar. bukak firm bla bla bla tapi jangan kita pernah lupakan momen-momen best sepanjang 2 tahun ni. 



atas: kali pertama kita gotong-royong sama-sama, 
clearkan studio masa 4th year


atas: petang-petang, pakat release stress dengan 
kayuh basikal ala makcik  pusing fakulti;) 


atas: typical studio day. awal pagi biasa tolak tolak member suruh 
pergi jumpa studio master dulu, bila mood dah loosen up 
baru berebut nak jumpa nak crit.


atas: typical interim crit session. last-last bila dah ramai present, 
pakat tengok member punye presentation. biasa time ni kompem tengah lapar gila.



atas: rombakan rumah-rumah tumpangan untuk susun 
lokasi presentation board masing-masing 
& sesi cabut undi untuk turn present Final Presentation


atas: New Year's Eve. Tengah buat kerja, juniors datang ajak 
main 'kkorok idup' bak kata warga Kelantan.


atas: muka-muka lepas jawab exam terakhir dan the only exam for the final semester. 
menakjubkan, exam paling senang rasanya sepanjang belajar architecture ;)



atas: dan TA-DAA! kita dah settle our second degree, Part 2 in Architecture. 
Ah-may-zing! Congrats to all of us. Hanya kita-kita tahu 
betapa strugglenya, betapa peritnya nak cecah ke tahap sekarang. 
Unless, few of us yang memang gifted la..


atas: petang terakhir kita lepak sama-sama di UPM. 
to think about it again, quite ngoi lor. orang gigih jogging shedding some fats 
dan puak kita gigih menjamu aiskrim & pisang goreng. setompok kat tepi tasik. :p


atas: momen pelepasan dari title 5th year student.
tunduk hormat kepada keluarga architecture UPM for the last time.
gomenasai FRSB!


*  *  *

"Graduation is not an end
but rather a beginning.
With the passing of time
we have acquired knowledge, understanding and friendship.
With the help of many, 
we are prepared to meet tomorrow's challenges"



UPM Bachelor of Architecture Graduates
February 2014.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...