Saya Seorang Arkitek Yang Bahagia.

Wow, post terakhir ialah 2015!

Rasanya semua rakan-rakan blog dah tinggalkan dunia blogging kut but me, today, suddenly having this urge to keep this blog alive :)

Blog ni pertama kali wujud masa saya masih di alam universiti, berjuang menamatkan ijazah part 1 Architecture di UPM dan sekarang, 2018, saya di bangku ofis pada jam 6.50pm, baru selesai email kontraktor-kontraktor & client & yes, alhamdulillah, lepas tamat ijazah part 2 pada 2014, maka genaplah 4 tahun saya bergelar Project Architect.

Bila lihat balik ke belakang, benarlah orang cakap. Tanpa kegagalan, kita takkan bangkit. sepanjang hidup, alhamdulillah Allah rezekikan keputusan peperiksaan yang tak pernah mengecewakan sejak dari zaman UPSR membawa ke zaman matrikulasi.

Tapi, final year Part 1, Allah nak uji. Permulaan semester masa tu saya dah dapat rasa yang ianya bukanlah permulaan yang bagus. Kenapa boleh rasa macam tu? Biarlah rahsia, tak elok menuduh orang sana sini bila kita sendiri pun ada kelemahan.

Fast forward, bila kerja lepas tamat Part 1, perasaan tak puas hati tu asyik menebal. Rasa macam rekod akademik yang kita cuba pertahankan sejak kecik tu gone macam tu je. Takkan failure ni akan jadi penutup kepada dunia akademik saya? No!

Maka saya sambung Part 2 dengan satu goal - nak buat sehabis baik untuk ijazah kali ni!

Alhamdulillah, subjek studio yang suatu ketika dahulu pernah fail, berjaya dapat A di akhir pengajian. Tapi tu pun di downgrade oleh lecturer faculty sendiri ahahahha takpe lah, jangan dikenang benda yang menyakitkan hati. I owe them a lot anyway :)

Jadi, goal sekarang adalah untuk complete Part 3 and claim that partnership asap!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...